Wanita Maut Dibelasah Dalam Mcdonald's Kerana Nombor Telefon




Shanghai: Polis China menahan enam suspek yang membelasah hingga mati seorang wanita di restoran makanan segera hanya kerana mangsa enggan mendedahkan nombor telefon bimbitnya.

Agensi berita Xinhua melaporkan, wanita terbabit bertengkar dengan enam individu - termasuk seorang remaja - sebelum dia dipukul dengan teruk. 


Xinhua melaporkan, kejadian berlaku di bandar Zhaoyuan di wilayah Shandong pada petang Rabu lalu. 



Sumber berkata, enam individu itu dipercayai anggota sebuah kultus dikenali sebagai Quannengshen (Gereja Tuhan Maha Kuasa) dan dalam misi mencari ahli baru.



Kumpulan ajaran keagamaan itu sudah diharamkan kerajaan pada pertengahan 1990-an.



Gambar yang beredar di media sosial menunjukkan wanita terbabit berkemeja-T putih serta berseluar biru tertiarap dan berlumuran darah. 



Xinhua melaporkan, mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. 



Sumber berkata, suspek terdiri daripada sepramh lelaki, dua anak perempuan, seorang anak lelaki serta dua wanita. 



Juvana itu pula adalah budak lelaki berusia 12 tahun. - AFP

0 Response to "Wanita Maut Dibelasah Dalam Mcdonald's Kerana Nombor Telefon"

Post a Comment