Arora Salwa Tukar Rentak?

Sebelum ini dia diuruskan oleh individu lain yang mencorak kariernya ke arah positif termasuk menukar namanya daripada Arora Salwa kepada nama baru, Salwa Razak. Bagaimanapun ketika tampil di Balai Berita baru-baru ini, penyanyi yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 semalam sudah diuruskan orang lain pula.

Salwa tukar rentak, info, terkini, hiburan, penyanyi salwa
Salwa berharap kehidupan dan kariernya semakin positif.
Timbul persoalan apakah dia seorang individu yang terlalu cerewet sehinggakan sukar untuk kekal bekerja dengan mana-mana pihak untuk tempoh yang agak lama? Mungkin juga Salwa terlalu inginkan kejayaan drastik sehinggakan terlalu cepat membuat keputusan menukar pengurus apabila mereka gagal mengangkat namanya kepada peminat?
 

Seakan tahu persoalan ini akan diajukan, artis tinggi lampai ini sudah menyediakan jawapan selamat untuk mengelakkan tanggapan negatif yang bakal dilemparkan.

“Memang sebelum ini saya bersama pengurus lain, tapi sayangnya jodoh kami tak panjang. Mungkin disebabkan sibuk dengan komitmen lain maka kerjasama ini pun berakhir. Pada asalnya saya lantik pengurus sebelum ini untuk ubah penampilan saya dan ajar cara berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai.


“Tak dinafikan dia berjaya melakukan tugasan itu dengan baik. Saya sangat berterima kasih dengan dia kerana usaha ini. Disebabkan itu kerjasama kami berkembang untuk tugasan lain pula. Cuma kadang-kadang ada skop kerja yang mungkin dia tak faham, jadi pilihan yang ada ialah mengakhiri hubungan ini dengan baik,” katanya.

Sumber : hmetro.com.my

0 Response to "Arora Salwa Tukar Rentak?"

Post a Comment