Penyanyi dan kini popular sebagai tunjang utama drama bersiri "Suamiku Jururawat Isteriku Doktor", Tomok mengakui terkejut dengan tawaran yang diberikan oleh syarikat produksi Hollywood yang ingin memuatkan video melibatkan anak sulungnya Arrian dalam sebuah rancangan di sana.
Menerusi laman Instagramnya yang dipetik dari Oh Bulan, Tomok turut menampilkan butiran tawaran tersebut dan antara yang menarik perhatian ramai adalah syarikat yang bertempat di Brooklyn itu merupakan produksi yang menjalinkan kerjasama dengan Oprah Winfrey Network!
Selain benar-benar terkejut dengan tawaran itu, Tomok juga menyatakan sepanjang bergelar selebriti dirinya tidak pernah mendapat tawaran sedemikian, namun Arrian pula yang mendapat peluang berkenaan.
Dalam pada itu, syarikat tersebut juga amat berminat dengan sebuah klip video berjudul "Majlis Aqiqah Arrian" untuk diselitkan dalam rancangan mereka kelak jika diberi persetujuan.
![]() |
Ketika majlis Aqiqah Arrian beberapa tahun lalu. (Kredit Foto: Bliss Candid) |
![]() |
Arrian bersama Tomok & Ayu. (Kredit Foto: Bliss Candid) |
Jika perkara tersebut menjadi kenyataan pastinya adat dan budaya Islam serta Malaysia khususnya boleh diketengahkan sehingga ke peringkat global dan sekaligus dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
Murah rezeki keluarga Tomok tahun ini, selain tawaran lamaran ini, pemilik nama Shah Indrawan Ismail dan isterinya Rahayu Abas bakal menyambut cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.
Mari kita lihat sedutan video ketika berlangsungnya majlis aqiqah Arrian yang mendapat perhatian produksi terbabit. Selamat menonton!

Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Arrian anak Tomok dilamar produksi Hollywood"
Post a Comment