Pengguna OS Android selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam menyimpan data-data penting, gambar-gambar peribadi dalam smartphone mereka. Dalam satu kajian mendapati, data termasuk gambar, mesej teks, emel telefon masih boleh diperolehi semula walaupun ia telah dipadamkan secara total.
Avast Software mendedahkan perkara itu selepas membeli 20 smartphone terpakai dari laman eBay dan berjaya mendapatkan semula data-data dalam smartphone berkenaan.
Avast yang menggunakan program yang sedia ada di pasaran termasuk program pengimejan, FTK Imager dan program pengurusan aplikasi, SuperSU mendapati mereka boleh mengakses data pemilik asal telefon tersebut yang menggunakan perkhidmatan padam semua data atau ‘factory reset’ yang ada di dalam telefon itu.
Presiden Mudah Alih firma tersebut, Jude McColgan berkata, mereka boleh mendapatkan semula puluhan ribu gambar, emel, mesej teks dan pelbagai perkara lagi daripada telefon tersebut.
"Dalam satu contoh, kami berjaya mendapatkan mesej yang dipadamkan daripada satu perbualan di laman web Facebook dalam sebuah telefon HTC Sensation.
"Kami menemui semula semuanya termasuk borang pinjaman bank yang telah diisi, selain 250 gambar selfie," katanya.
Penemuan tersebut mendedahkan bahawa pelbagai data peribadi boleh diperolehi semula daripada sejumlah kecil telefon terpakai dan mencadangkan pemilik telefon mengambil tindakan lebih berhati-hati jika merancang menjual telefon mereka bagi menghalang data peribadi mereka diakses oleh orang lain. - Utusan Malaysia
p/s sebab tu banyak 3GP tersebar di sana sini. Beli je la iPhone.. guna OS Android apa barang.. Hehe!
0 Response to "AWAS! GAMBAR PERIBADI YANG TELAH DIBUANG DARI SMARTPHONE OS ANDROID MASIH BOLEH DIDAPATKAN SEMULA"
Post a Comment