Bekas pengurus Zizan harap hubungan kembali jernih

Bekas pengurus Zizan Razak, Marina Juki berharap hubungannya dengan pengacara dan pelawak itu kembali jernih sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, sekaligus melupakan segala sengketa yang pernah terjadi antara mereka.



Bekas pengurus Zizan harap hubungan kembali jernih, info, terkini, hiburan, kemelut Marina Juki dan Zizan razak,




Dipetik daripada laporan mStar, Marina berkata, "Saya bukan sahaja menganggap dia sebagai teman baik tetapi juga seperti adik. Susah senang kami bersama sebelum ini, bagaimana saya boleh lupakan persahabatan itu.

 




"Jauh di sudut hati saya sangat berharap dengan kedatangan bulan mulia ini kami dapat berbaik dan melupakan segala sengketa yang berlaku."

Walaubagaimanapun Marina menjelaskan dia tidak berminat untuk menguruskan kerjaya Zizan, sebaliknya berharap kembali rapat dengan Zizan sebagai rakan sahaja.

"Dunia hiburan ini kecil. Pusing-pusing tetap akan bertemu juga. Jadi buat apa saya hendak bermusuh dengan dia?

"Tetapi untuk kembali menguruskan kerjaya seninya, cukuplah setakat lima tahun ini dan dia pun sekarang diuruskan dengan baik oleh pengurusan baru," ujarnya.





Dalam perkembangan tentang konflik dalaman syarikat Wirefame, Marina memberitahu Zizan telah bersetuju untuk bertemu dan berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik.


Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Bekas pengurus Zizan harap hubungan kembali jernih"

Post a Comment