"ROZANA BERADA DALAM KESAKITAN YANG AMAT SANGAT KETIKA GAMBAR INI DIRAKAMKAN" - HALIZA MISBUN



Selaku seorang kakak, pastinya hati Haliza Misbun sedih, pedih dan sakit apabila melihat gambar adiknya, Rozana Misbun yang merupakan isteri kepada Awie tersebar dalam keadaan yang amat teruk. Muka Rozana Misbun yang lebam memang membayangkan kesakitan yang teramat sangat ketika itu. Tidak diketahui siapa yang menyebarkan gambar itu, Haliza memaklumkan yang adiknya tidak mengingati siapakah yang merakamkan gambar tersebut.


Kata Haliza Misbun menerusi portal Murai:-

Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu! Apapun, adik saya, Rozana dalam kesakitan yang teramat disaat-saat gambar itu dirakamkan. Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefo yang merakamkan gambar-gambar tersebut.

Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah.

Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif



Tak apalah. Sekarang ini kes ini akan dibicarakan ke mahkamah. Semoga mereka yang terbabit akan mendapat perbicaraan yang adil. Sama-samalah kita berdoa agar mereka yang bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal. Di bulan baik ini, semoga Rozana banyak berdoa kerana sesungguhnya doa orang teraniaya itu makbul di sisiNya.

0 Response to ""ROZANA BERADA DALAM KESAKITAN YANG AMAT SANGAT KETIKA GAMBAR INI DIRAKAMKAN" - HALIZA MISBUN"

Post a Comment