Premis McDonald yang pertama di negeri Perlis diserbu orang ramai. Lokasi premis McDonald itu terletak di bekas tapak pasar raya Afifah, Kangar. Beralamat di:
Lot3282
Jalan Kampung Bakau
Mukim Utan Aji
Kangar, Perlis
Ramai yang serbu McDonald ni. Macam tak pernah pergi ke McDonald je. (HAHAHA!)
Cuba perhatikan gambar di atas, ibu mengandung juga sanggup beratur panjang untuk beli McD meal. Agaknya McDonald di Perlis ini lebih sedap dari tempat yang lain kot?
Menurut penduduk tempatan, untuk mendapatkan McD ini, mereka terpaksa pergi ke Alor Setar. Betapa jauhnya nak pergi beli semata-mata nak makan McD? Jadi, bila ada cawangan baru McDonald dibuka di Perlis, sambutannya lain macam sikit. Pendek kata, teruja.
Meskipun ada yang gembira dengan pembukaan cawangan baru itu, tidak kurang juga ada yang mahu memboikot McDonald.
0 Response to "BERATUR PANJANG, PENDUDUK TEMPATAN SERBU PREMIS MCDONALD PERTAMA DI PERLIS !"
Post a Comment