EMMA MAEMBONG BERGADUH DENGAN ZIZAN ?




Dalam betul statement Emma ni


Ekoran dari permasalahan yang melanda pada Wireframe Entertainment (WFE), Emma Maembong dikatakna menjadi dalang kepada konflik syarikat tersebut. Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu meminta pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti kukuh.

Nama Zizan dan Emma menjadi bualan peminat dunia hiburan tanahair kebelakangan ini. Baru-baru ini Emma memuat naik sekeping gambar di laman Instagram sekaligus orang ramai menganggap hubungan pasangan ini sedang bergolak.

Menjadi persoalan ramai, apakah luahan itu ada kena mengena dengan hubungan mereka berdua? Jika benar percintaan pasangan ini sedang bergolak, diharapkan mereka dapat menemui jalan penyelesaian bagi hubungan mereka. Ada orang bercinta, sudah pasti ada dugaannya.

Walau bagaimanapun, ramai peminat memberikan nasihat kepada Emma agar bersabar dengan dugaan yang melanda.

0 Response to "EMMA MAEMBONG BERGADUH DENGAN ZIZAN ?"

Post a Comment