Satu
kemalangan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan Toyota Hilux
dengan Tanker Sawit hingga meragut nyawa seorang Peronda Lebuhraya. Kemalangan
ini berlaku ketika Peronda Lebuhraya yang menghala ke Kuala Terengganu berhenti
di lorong kecemasan. Pemandu lori yang hilang kawalan muncul secara tiba-tiba
lalu merempuah Toyota Hilux tersebut yang mengakibatkan Razali Ishak, 44 tahun,
yang masih berada di dalam kereta tersepit. Apapun rakan sekerja Razali
terselamat selepas dibantu orang ramai.
Apa yang menyedihkan, mangsa dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan bulan September ini namun hajatnya tidak kesampaian.
Seperti
biasa, gambar kemalangan yang dikongsikan di laman sosial ini menerima ucapan
takziah dari orang ramai tetapi tak kurang juga yang bertanya apakah entiti
ganjil yang terlihat di dalam gambar tersebut. Ia seolah-olah ada satu lembaga
yang memerhatikan kemalangan tersebut dari jauh.
Tidaklah
mustahil kerana bukan kita sahaja yang berlindung di bumi Allah ini tetapi
banyak lagi makhluk lain. Apa lagi kejadian ini berlaku sehari sebelum menjelang
Ramadhan. OHMEDIA
Apa yang menyedihkan, mangsa dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan bulan September ini namun hajatnya tidak kesampaian.
0 Response to "GEMPAR, LEMBAGA GANJIL PERHATIKAN KEMALANGAN DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR !"
Post a Comment