KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibunuh sebelum disumbat di dalam sebuah guni di belakang sebuah kilang di Ulu Yam Bahru, dekat sini semalam.
Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu dan berusia 30-an ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan tersebut untuk mencari katak, pada pukul 3.10 petang, lalu memaklumkan kepada polis.
Menurut jurucakap polis, pemeriksaan menemukan hanya separuh bahagian mayat mangsa iaitu dari bahagian dada sehingga ke kepala.
“Kita percaya mangsa merupakan warga asing kerana tiada suntikan BCG di kedua-dua bahunya. Siasatan awal, polis turut menemukan sebilah pisau pemotong daging dan tali nilon berwarna biru 50 meter daripada tempat mangsa dijumpai,” katanya di sini semalam.
Jurucakap itu memberitahu, mayat seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor Utusan.
0 Response to "GEMPAR, MAYAT SEPARUH BAHAGIAN DITEMUI DALAM GUNI DI ULU YAM BAHRU !"
Post a Comment