Gerabak Bawa Mayat Nahas MH17 Selamat Tiba Di Kharkiv

Gerabak kereta api yang menempatkan sejumlah 282 mayat dan 87 anggota badan mangsa-mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah selamat sampai di Kharkiv, jam 4.00 petang tadi waktu Malaysia (jam 11 pagi waktu Ukraine).



Gerabak Bawa Mayat Nahas MH17 Selamat Tiba Di Kharkiv, info, terkini, berita, nahas MH17,



Gerabak berhawa dingin yang menempatkan semua mangsa nahas itu akan dihantar ke Belanda untuk tujuan pengecaman dan tuntutan membawa pulang jenazah oleh ahli keluarga serta waris masing-masing.

 




Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau berasa lega dengan perkembangan tersebut dan menyatakan mayat-mayat itu akan disaring terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam pesawat sebagai mematuhi syarat-syarat wajib keselamatan.

“Ini merupakan perkembangan yang paling penting berikutan tragedi MH17. Pasukan forensik Malaysia akan melakukan tugasan secepat mungkin untuk mengecam identiti warganegara Malaysia sebaik sahaja mereka (pasukan forensik) tiba ke Amsterdam,” katanya memetik The Star.

Mayat-mayat itu akhinya berjaya dialihkan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat rundingan bersama dengan ketua puak pemisah, Alexander Borodai.






Tiong Lai juga berkata, beliau turut akan berlepas ke Amsterdam hanya selepas kesemua mayat-mayat tersebut dimasukkan ke dalam badan pesawat C-130 Hercules milik negara Belanda. - MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Gerabak Bawa Mayat Nahas MH17 Selamat Tiba Di Kharkiv"

Post a Comment