[Gosip] Nur Fazura Bercinta Dengan Remy Ishak


“Saya tak jumpa Remy Ishak sejak drama Tahajud Cinta. Saya pun tak tahu, bulan puasa orang kata syaitan kena ikat, so, siapakah syaitan-syaitan yang membuat fitnah ni, jadi terpulanglah”.



Gosip Nur Fazura Bercinta Dengan Remy Ishak, pelakon, gossip, terkini, info, hiburan,



Itu merupakan kenyataan balas daripada selebriti popular Nur Fazura yang dipetik menerusi portal Ohbulan, menafikan gosip mengatakan dirinya kini sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Remy Ishak.

 




Menurut Fazura lagi, dirinya tidak pernah membaca mana-mana laman blog dan menafikan perkara tersebut yang disifatkannya sebagai satu fitnah semata-mata.

Hai, bersabar sahajalah Fazura, dah namanya selebriti, pasti tak lekang daripada gosip.

Tapi takkan lah Fazura bercinta dengan Remy di saat namanya kini sedang hangat dikatakan berkasih dengan seorang deejay Amerika, Randy Seidman yang sering dikongsikan Fazura di laman Instagramnya sebelum ini.





Hai, macam-macam peminat ni, mungkin mereka suka tengok gandingan Remy dan Fazura terus dilabelkan pasangan ini benar-benar bercinta di luar drama. 



 


Sumber : MYNEWSHUB.MY

0 Response to "[Gosip] Nur Fazura Bercinta Dengan Remy Ishak"

Post a Comment