Harith Iskander Minta Bayar RM100 Ribu Untuk Program Raya?

Memang tidak dinafikan lawak jenaka Harith Iskander bukan semua yang faham. Namun lawak beliau membuatkan orang berfikir dan bukan lawak slapstik yang tipikal.



Harith Iskander Minta Bayar RM100 Ribu Untuk Program Raya?, info, terkini, hiburan, pengacara dan pelawak




Terbaru, dengarnya beliau dibayar RM100,000 untuk satu program raya dan nama Harith Iskander dikaitkan dengan desas-desus itu. Pada kami, kalau benar beliau berbakat, bayaran itu masih boleh dianggap melampau. Namun sebenarnya khabar itu tidak benar.

 



Hanya ketawa mendengar berita ini, Harith menjelaskan, “Hahahaha! Setakat ini tiada siapa yang mampu meletakkan harga sebegitu tinggi. Rasanya harga itu dah melampau. Pelawak yang dimaksudkan bukan saya dan rasanya ia juga bukan daripada pelawak-pelawak yang saya kenal. Nilai harga yang dikatakan itu tidak masuk akal.”

“Kalau nak tahu, kadar bayaran saya hanyalah 10 peratus daripada RM100,000 yang digosipkan itu. Dan kadarnya juga ditetapkan mengikut kesesuaian majlis dan klien itu sendiri. Sekiranya klien itu berpuas hati dengan persembahan yang diberikan, mereka akan memanggil kita semula dan secara tidak langsung mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding undangan persembahan sebelumnya.”





Oh, RM10000 saja. Sebenarnya harga itu berbaloi untuk pelawak yang berkualiti dan sudah berpengalaman berpuluh tahun dalam industri. Mengapa agaknya kadang-kadang orang mempersoalkan perkara ini?

 


Sumber : myartis.my

0 Response to "Harith Iskander Minta Bayar RM100 Ribu Untuk Program Raya?"

Post a Comment