Hubungan Kamal Adli & Intan Ladyana bermasalah?

Hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Intan Ladyana kini dilaporkan sedang dilanda masalah berikutan tindakan Intan yang memuat naik dua keping foto di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.



Hubungan Kamal Adli & Intan Ladyana bermasalah?, info, terkini, gosip, hiburan,




Keratan dua foto yang mempunyai kapsyen itu dilihat seolah-olah seperti seseorang yang sedang putus harapan dalam hubungan percintaan.




"Saya hampir terlupa bagaimana rasa sakitnya hati…saya berharap semua yang berlaku adalah mimpi sahaja," luah Intan dalam laman sosial tersebut.

Memberi penjelasan mengenai perkara ini, Kamal, 29, menegaskan dirinya tidak tahu tentang status foto di laman sosial milik kekasih hatinya itu.




Hubungan Kamal Adli & Intan Ladyana bermasalah?, info, terkini, gosip, hiburan,


Hubungan Kamal Adli & Intan Ladyana bermasalah?, info, terkini, gosip, hiburan,




"Hubungan kami tiada masalah dan ia berjalan seperti biasa, namun saya akui memang sepanjang puasa ini saya agak sibuk dengan penggambaran di Taiping dan sudah dua minggu kami tidak berjumpa.

"Tapi kami hantar mesej seperti biasa sahaja, mungkin status tersebut berkaitan perkara lain," ujarnya seperti yang dipetik dari mStar.





Peminat yang mengikuti Instagram aktres filem "Adnan Sempit Sawadikap" ini turut memberikan sokongan dengan kata-kata semangat dan berharap dirinya sabar dengan dugaan yang datang.

Bagaimanapun Intan enggan memberikan sebarang komen perihal status tersebut dan memaklumkan hubungan mereka baik-baik sahaja. 




Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Hubungan Kamal Adli & Intan Ladyana bermasalah?"

Post a Comment