JPN NAFI ARAH TUKAR MYKAD UNTUK DAPATKAN SUBSIDI PETROL





PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihati agar tidak mempercayai penyebaran maklumat palsu mengenai arahan penukaran MyKad baharu bagi melayakkan pembelian petrol dengan harga subsidi.

JPN menafikan ada mengeluarkan arahan berkenaan.

Kenyataan palsu itu yang meminta orang ramai menukar MyKad baharu telah disebarkan kepada orang ramai sejak akhir-akhir ini menerusi khidmat pesanan ringkas (sms), aplikasi WhatsApp dan Facebook."

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dan mendapatkan maklumat yang betul dengan menghubungi JPN di talian 03-80008000 atau melayari laman web JPN di http://www.jpn.gov.my/. - Bernama

0 Response to "JPN NAFI ARAH TUKAR MYKAD UNTUK DAPATKAN SUBSIDI PETROL"

Post a Comment