Kaka tuntut tunggakan gaji tiga bulan

Penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya masih belum menerima sebarang bayaran daripada syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment sehingga kini yang sudah tertunggak selama tiga bulan.



Kaka tuntut tunggakan gaji tiga bulan, info, terkini, hiburan, kaka, kontroversi wirefame,



Aidilfitri yang bakal menjelang tiba pastinya memerlukan sejumlah wang bagi melakukan persiapan menyambut lebaran dan Kaka berharap agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan kemelut ini berpanjangan.

 




"Bayaran masih belum dibuat oleh syarikat. Bayaran tersebut meliputi gaji kami sejak Mei lalu. Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat memandangkan kami pun akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," ujarnya seperti yang dipetik dari laporan Utusan Malaysia.

Sudah pun membuat laporan polis pada 25 Jun lalu, Kaka menjelaskan dirinya tidak berdendam dengan rakan duetnya iaitu Zizan Razak atas tindakannya yang membekukan akaun syarikat.




Sebelum ini Kaka pernah memberi kenyataan bahawa dia tiada masalah bayaran dan Wirefame masih membayar gaji seperti biasa.



WireFame masih membayar gaji saya seperti biasa”

WireFame masih membayar gaji saya seperti biasa”

“tiada masalah bayaran. WireFame masih membayar gaji saya seperti biasa”. - See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2014/07/gaji-tak-disekat-kaka-tetap-setia.html#sthash.6GS83LI1.dpuf


Namun kenyataan Kaka baru-baru ini menggambarkan dia menghadapi maslah pembayaran gaji dari syarikat WireFame milik Zizan Razak.


"Sebagai seorang pengarah syarikat, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat sesuatu tindakan seperti ini," jelasnya.

Dalam perkembangan seni kerjayanya, Kaka bakal muncul dengan single solo pertamanya berjudul "Terpulanglah" yang akan dikeluarkan selepas Aidilfitri nanti.

Menyentuh mengenai aktivitinya di bulan Ramadan, Kaka memberitahu dirinya sibuk membantu ibunya menghasilkan biskut raya untuk dijual.






"Biskut ini digelar Spry, cukup unik kerana dibuat dengan lemak sayur. Tahun ini baru kami nak cuba jual. Sambutannya buat masa ini Alhamdulillah dan hanya menanti untuk diagihkan sahaja," katanya.



Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Kaka tuntut tunggakan gaji tiga bulan"

Post a Comment