KEANGKUHAN MARSHALL KELAB PROTON EXORA TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL

INFO KEJADIAN

Lokasi: Wangsa Walk (berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat NZ Wangsa Maju)
Waktu: 9.44 petang.

Jenis Kesalahan: Membuat Pusingan U di tempat yang dilarang serta gagal memberi lampu isyarat.

Jenis Kenderaan: Proton Exora berwarna flat black (Ada sticker Marshal Kelab Proton Exora).

Pemandu dan Penumpang: Lelaki Melayu beserta isteri dan dua orang anak.





Al-kisahnya,

Sebab kejadian betul-betul di depan saya yang berada dari arah bertentangan, saya terus mengekorinya sehingga dia berhenti di depan Restoran Pizza Hut / KFC Wanga Maju.

Saya cuba mencari waktu yang sesuai untuk menegurnya dan selepas pasti dia dah kunci Exoranya, dan anak-anak serta isteri dah di pintu Pizza Hut, saya pun memberi salam,

"Salam bang.."

Dia agak terkejut tetapi kemudian senyum dan menjawab salam serta menyambut tangan saya untuk bersalam. Sambil senyum, saya terus bertanya kepadanya.

"Saya nak tanya abang sikit, tadi abang ada buat U-Turn dan abang tak bagi signal pun. Terus buat U-Turn di tempat yang tak boleh buat U-Turn. Boleh saya tahu kenapa?"

Mukanya yang manis tadi terus berubah menjadi masam dan pandang saya atas bawah dan berkata,



"U ni sape? Polis ke? Aku U-Turn tadi kereta pun xde lalu. Buat apa nak bagi signal? Aku dah biasa U-Turn kat situ. Ada aku langgar u ke tadi??" balasnya dengan usara yang agak keras itu menyebabkan isterinya berjalan keluar dari pintu Pizza Hut menuju ke arah kami.

"Tak la, saya cuma nak tahu saja. Sebab macam susah sangat driver nak bagi signal, lagipun banyak kemalangan sebab tak bagi signal dan..." belum habis saya cakap dia terus meninggikan suara.

"U ni kenapa??? Mental ke?? Kalau u bukan polis, u tak ada hak nak cakap kat orang itu salah ini salah! Aku dah drive 25 tahun tak pernah eksiden! Kau tau tak aku siapa? Aku marshal bertauliah Kelab Exora, kalau u tak puas hati, kita boleh turun kat bawah bukit tu. U jangan nak gempar orang macam u ni besar sangat!!"

Bila saya tengok dia macam naik angin, saya pun mengalah dan meminta maaf kepadanya. Tetapi dia terus membebel dan saya terdengar dia cakap pada isterinya,

"Entah orang gila mana entah. Kalau kat tepi jalan tadi abang dah tumbuk dah!"

Okay, ini cabaran pertama saya dapat. Memang sukar nak interview orang yang buat salah dan nak sedarkan mereka tentang aspek keselamatan jalan raya. Kecuali kalau diorang tahu polis, baru diorang kecut. Tetapi itu bukan caranya, ramai orang tidak hormat pada undang² tetapi hanya takut pada Polis. Takut dan hormat adalah 2 perkara yang berbeza. Esok kalau ada lagi saya jumpa, saya cuba interview lagi. :D

0 Response to "KEANGKUHAN MARSHALL KELAB PROTON EXORA TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL"

Post a Comment