KEKALUTAN BERLAKU KETIKA FELIXIA YEAP CUBA MENGUCAP SYAHADAH ?



Model pakaian Muslimah, Felixia Yeap Chin Yee, 28, mengesahkan melalui laman sosial Facebook, keputusan memeluk Islam itu mendapat restu daripada ibunya.

Dalam pada itu, Felixia enggan upacara pengIslamannya mendapat liputan media dan disensasikan.

Felixia berkata, dia enggan beri sebarang penjelasan mengenai perkara itu dan berharap semua pihak menghormati privasinya.

"Saya tak benarkan mana-mana media membuat liputan.

"Terima kasih kerana bertanya tapi saya takkan jawab apa-apa," katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp kepada media di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, timbul kekecohan dan salah faham apabila majlis pengIslaman Felixia yang difahamkan berlangsung di Hidayah Centre Foundation pagi tadi di Taman Melawati dekat sini adalah acara yang berbeza.

Menurut wakil pusat sokongan saudara baru Islam itu, Felixia diundang untuk memeriahkan pelancaran majlis iftar mereka dan bukan acara pengIslaman seperti disangkakan.

Semalam, timbul kekecohan di Internet apabila Felixia tampil menyangkal dia bakal menggunakan nama Rania selepas memeluk Islam.

Kata Felixia, dia enggan memberikan sebarang maklumat mengenai pengIslamannya kepada mana-mana media untuk berlaku adil kepada semua.

0 Response to "KEKALUTAN BERLAKU KETIKA FELIXIA YEAP CUBA MENGUCAP SYAHADAH ?"

Post a Comment