Keluarga Hefny tertekan

Kisah cinta pasangan Hefny Sahad dan Nad Zainal sentiasa menjadi bualan hangat pelbagai pihak. Di saat Hefny ditempelak menjadi penyebab utama hubungan pelakon kecil molek ini putus di tengah jalan bersama dengan Azwan Kombos, Hefny mengakui ada ahli keluarganya turut menerima tempias tentang kisah mereka.



Keluarga Hefny tertekan, info, terkini, hiburan, gosip artis,



Disebabkan itu jugalah, pasangan ini cuba untuk tidak terlalu menonjolkan kisah percintaan mereka kepada umum bagi mengelakkan ahli keluarga berasa lebih tertekan.



?Memang pada awal kisah saya tersebar di akhbar dan media sosial, ibu dan ayah saya antara orang yang paling banyak mendapat pertanyaan daripada pelbagai pihak sehingga mulai rasa terganggu.

?Jiran-jiran sekeliling rumah banyak bertanyakan hal ini kepada ibu saya. Ada juga yang menghantar gambar tentang cerita kami terus kepada ayah melalui aplikasi WhatApps," kongsinya.

Bagaimanapun, menurut Hefny, dia telah menjelaskan kepada keluarga tentang hal sebenar agar tidak terlalu mempercayai kata-kata orang sekeliling.

?Saya sudah pun jelaskan pada mereka satu persatu akan hal sebenar. Keluarga sangat memahami dan boleh menerimanya. Saya juga minta mereka jangan terlalu ambil pusing akan gosip-gosip yang timbul mengenai kami.

?Jika mereka hendakkan kepastian, terus bertanya kepada saya sendiri dan jangan mudah percaya cakap-cakap orang luar dari anak sendiri dan ibu pun ada pesan agar tidak terlalu keluar dalam suratkhabar sangat," jelasnya panjang lebar.

Disebabkan itu jugalah, Hefny banyak menolak permintaan beberapa sesi fotografi yang mahu dia bergandingan bersama kekasih hatinya, Nad.



Keluarga Hefny tertekan, info, terkini, hiburan, gosip artis,




?Lagipun jadual kami sangat padat disebabkan itu juga saya terpaksa tolak tawaran tersebut selain hendak menjaga hati pelbagai pihak. Kami pun dah jarang pergi majlis hiburan bersama-sama.

?Hubungan kami masih baru dan saya rasa buat masa ini tidak perlu lah kami hebohkan sebab saya perlu menghormati permintaan keluarga," jelasnya.

Pasang niat beli rumah
Sementelah hubungan cinta pasangan ini sudah mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga, Hefny mengaku dia sendiri sudah dua kali berjumpa dengan keluarga Nad.

Bagaimanapun dia belum berpeluang membawa Nad berjumpa dengan keluarganya atas kesesuaian masa.

?Keluarga saya tinggal di Johor Bahru. Agak sukar kalau saya hendak bawa dia berjumpa dengan keluarga saya di sana kerana jarak antara kami.

"Lagipun, dengan jadual kami yang tidak menentu. Bagaimanapun, saya sudah dua kali berjumpa dengan keluarga Nad kerana sama-sama tinggal di sekitar Lembah Kelang," katanya lagi.

Tambah pelakon yang bakatnya dicungkil dalam program On Air ini lagi, dia sememangnya menaruh harapan tinggi untuk membawa hubungan mereka berdua ke arah perkahwinan.

?Dalam hubungan, saya memang serius sejak dari awal kami berkenalan dan ini bukannya masa untuk main-main. Kalau hendak diikutkan, saya memang hendak akhiri hubungan ini ke jinjang pelamin. Akan tetapi buat masa sekarang, soal kahwin masih belum difikirkan sebab masih ada beberapa impian yang belum tercapai.

?Saya ada memberitahu Nad tentang impian saya itu dan dia pun faham dan sentiasa memberi sokongan. Selagi saya tidak capai impian yang diimpikan selama ini, selagi itulah saya belum boleh melamar Nad," katanya, jujur.

Ujar pelakon berusia 27 tahun ini lagi,antara impian murni yang dia ingin laksanakan ialah, dia mahu membelikan sebuah rumah yang lebih selesa buat keluarganya.






?Azam saya mahu belikan rumah buat orang tua saya dan itu sebagai satu tanda kasih sayang dan membalas jasa kedua ibu bapa yang telah membesarkan saya," jelas Hefny lagi.





Sumber : utusan.com.my

0 Response to "Keluarga Hefny tertekan"

Post a Comment