Anggota keluarga Konstabel
Zakia Aliep, 26, yang dipercayai diculik kumpulan lelaki bersenjata di sebuah
resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi terkejut dengan kejadian
itu.
Mereka merasa sedih lebih-lebih lagi beliau baru memperoleh cahaya mata kira-kira tiga bulan lalu.
Majlis doa selamat untuknya diadakan pagi tadi.
Abangnya Zakria, 31, berkata, beliau mendapat berita mengenai kehilangan adiknya daripada rakan-rakannya pada pukul 4 pagi tadi selepas bersahur.
"Selepas rakan-rakan memberitahu ada insiden serang hendap di Pulau Mabul dan adik saya hilang, saya menghubungi isterinya yang memberitahu adik saya tidak pulang ke rumah.
"Saya turut menghubungi Balai Polis Semporna untuk bertanyakan tentang perkembangan pencarian adik saya," katanya kepada Bernama.
Zakia dipercayai diculik ketika sepasukan anggota Polis Marin diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul pada pukul 11.10 malam. Seorang lagi anggota Polis Marin, Koperal Rajah Jamuan terbunuh. - BERNAMA
sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140713/je_11/Serangan-Mabul-Keluarga-terkejut-kehilangan-Zakia

0 Response to "Keluarga Terkejut Konstabel Zakia Hilang"
Post a Comment