Lia Natalia Gedik Tak Bertempat?

Selepas empat tahun menceburi industri seni tanah air, baru dua tahun kebelakangan ini nama pelakon jelita Lia Natalia betul-betul melonjak gara-gara lakonannya dalam drama Perempuan Dalam Pasungan.



Lia Natalia Gedik Tak Bertempat?, hiburan, info, terkini, gosip artis




Baru berusia 22 tahun, namun pemikiran anak jati Tawau, Sabah ini nyata matang. Tatkala dia dikaitkan dengan perwatakan dirinya yang dianggap ‘gedik tak bertempat’, Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden hanya mampu tersenyum.




Tidak sesekali melenting, apa lagi melatah dengan dakwaan agak melampau itu. Lia berkata, dia seorang yang terbuka menerima teguran.



Lia Natalia Gedik Tak Bertempat?, hiburan, info, terkini, gosip artis




Katanya, biarlah apa orang hendak kata asalkan dia tahu perwatakan dirinya yang sebenar.




“Mungkin orang yang tidak kenal saya akan mengklasifikasikan ‘kemesraan’ ditonjolkan sebagai ‘gedik’. Apatah lagi, jika situasi yang mereka lihat itu berlaku di tempat awam atau majlis hiburan yang saya hadiri.



Sumber : hmetro.com.my

0 Response to "Lia Natalia Gedik Tak Bertempat?"

Post a Comment