Mandi bersama wanita berbikini



KUALA LUMPUR : Berselindung di sebalik pusat urutan refleksologi, dua premis di Jalan Sri Petaling, di sini dikesan menjalankan kegiatan maksiat dengan menawarkan pakej mandi bersama dengan wanita berpakaian bikini ditawarkan.
Pelanggan lelaki yang datang ke premis itu hanya perlu membayar sekitar RM100 hingga RM150 untuk mandi sebelum melakukan hubungan seks.
Berdasarkan risikan polis, pusat pelacuran itu yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu menjadi kegilaan golongan lelaki tempatan yang mengerumuni premis itu bermula jam 8 malam hingga 2 pagi.
Malah caj murah ditawarkan pusat urutan itu berbanding spa dan lokasi maksiat lain menyebabkan bilangan pelanggan didapati bertambah saban hari.
Kegiatan maksiat dianjurkan pusat urutan itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis itu serentak awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, 18 pelacur warga China dan Vietnam berusia 19 hingga 25 tahun yang bertugas di premis itu diberkas.-HM

0 Response to "Mandi bersama wanita berbikini"

Post a Comment