MASUK ICU SELEPAS MAKAN ROTI JOHN BAZAR RAMADHAN TAMAN SRI MUDA




SHAH ALAM - Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadhan bertukar menjadi duka bilamana 4 sekeluarga kini dirawat di hospital akibat keracunan makanan selepas menikmati Roti John yang dibeli di bazar Ramadhan Taman Sri Muda.

Mangsa, Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4.

Kesemua mangsa ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada selesa lalu selepas mengalami muntah-muntah dan cirit birit.

Laporan awal semalam, anak Sebelum kejadian, bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, membeli 3 bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulung yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama.

Laporan awal semalam mengatakan 2 dari mereka masih koma. [RUJUK SINI]

Anak lelaki ketiga, Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana banyak makan roti John.

Selain cirit birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat menyebabkan Qayyim dimasukkan ke ICU. 3 lagi anaknya yang lain ditempat di wad biasa.

Apa yang membimbangkan, doktor khuatir otak Qayyim dijangkiti kuman akibat keracunan makanan yang dialaminya.

0 Response to "MASUK ICU SELEPAS MAKAN ROTI JOHN BAZAR RAMADHAN TAMAN SRI MUDA"

Post a Comment