PETALING JAYA: Penyanyi
Misha Omar mengakui sering jatuh sakit sejak bergelar isteri kepada Firos Ezzwan
Rossly, 32, pada 2 Mei lalu.
Misha atau nama sebenarnya
Samihah Omar, 32, berkata, dia berasa pelik dengan situasi itu namun menyifatkan
ia mungkin sebahagian daripada dugaan daripada Tuhan dalam melayari kehidupan
berumahtangga.
“Pelik rasanya, sejak
berkahwin, saya kerap sakit. Mungkin ini adalah ujian Allah supaya kita
beringat-ingat atau mungkin juga gemuruh kahwin belum hilang lagi.
“Sekarang ini saya mudah
alah terhadap habuk sehinggakan mengalami masalah semput. Jadi bila tidak
bekerja, saya banyak berehat di rumah sahaja,” katanya kepada mStar
Online.
Ditanya mungkin rasa sakit
itu berpunca daripada dirinya yang berkemungkinan besar sudah mengandung, Misha
menafikannya.
“Ishhh mana ada! Kami
serahkan semua itu kepada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, kami
menikmati waktu bersama-sama sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami,”
ujarnya.
Sementara itu, Misha turut
mengakui, sejak berkahwin, dia dan Fiross masing-masing mula menunjukkan sikap
yang belum diketahui dan ia membuatkan mereka teruja untuk lebih mengenali
antara satu sama lain.
“Biasalah sebelum dan
selepas kahwin lain situasinya. Lepas kahwin, macam-macam sikap buruk dan baik
terkeluar.
“Kadang-kami kami gelak
dengan sikap baru itu, tetapi kami juga cuba bertolak ansur memperbaikinya agar
masing-masing selesa hidup bersama. Tetapi saya tidak bolehlah nak dedahkan apa
sikap buruk kami. Malulah,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain,
Misha bakal memulakan rakaman lagu untuk dimuatkan dalam album terbaharunya pada
bulan ini.- mStar
0 Response to "Misha Omar Kerap Sakit Sejak Berkahwin"
Post a Comment