Misteri poster ‘Doktor Takda Hati Perut’ di Bazar Ramadan Setiawangsa


Sudah menjadi kebiasaan apabila bazar Ramadan menjadi tumpuan untuk mencari juadah berbuka, namun lain pula ceritanya di Bazar Ramadan Setiawangsa.



Misteri poster ‘Doktor Takda Hati Perut’ , info, terkini, pelik,


Bukan jualan juadah berbuka sebaliknya satu poster membidas seorang doktor yang dilekatkan pada sebuah tong sampah menjadi tumpuan pengunjung.

 





Poster berkenaan yang bertajuk ‘Doktor Takda Hati Perut’ yang memaparkan gambar dan seorang doktor.



Tindakan berkenaan dipercayai dibuat oleh individu yang tidak berpuas hati dengan doktor berkenaan ketika cuba mendapatkan rawatan di sebuah klinik pada 1 Jun lalu.



dr takdaBerdasarkan maklumat yang tertera di poster berkenaan, individu berkenaan cuba mendapatkan bantuan perubatan terhadap seorang pesakit yang sedang nazak namun doktor berkenaan dilaporkan berkata tidak mahu melayan dan merawat pesakit yang sedang nazak.



“Kepada pesakit yang menghadapi masalah kesihatan, jangan berurusan dengan klinik ini.



“Klinik dan doktor tidak bertanggungjawab dengan masyarakat dan fikir nak untung sahaja. Bukannya nak membantu,” tulis di poster berkenaan.



Tinjauan Selangor Kini semalam yang kebetulan berada di lokasi berkenaan mendapati pengunjung bazar yang hadir berhenti seketika membaca poster berkenaan selain mengambil foto poster berkenaan.






Kami turut tidak mengetahui sudah berapa hari poster berkenaan diletakkan disitu.



Difahamkan, pesakit yang dinyatakan nazak pada hari kejadian kini berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). 


 


Sumber : dramadunia.my

0 Response to "Misteri poster ‘Doktor Takda Hati Perut’ di Bazar Ramadan Setiawangsa"

Post a Comment