Lebih RM10 juta. Itulah nilai tebusan yang didakwa diminta kumpulan pengganas untuk membebaskan anggota polis marin, Zakia Aliep, 26, yang kini dalam tawanan mereka.
Zakia diculik pada jam 11.10 malam Sabtu lalu, dilaporkan selamat dan kini dalam tawanan kumpulan terbabit yang dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina.
Laporan terkini oleh mStar menyebut Zakia berada di tangan ketua pengganas Abu Sayyaf Alhabsi Misaya-
Dalam insiden serangan itu, rakan Zakia, Koperal Ab Rajah Jamuan maut di lokasi kejadian akibat parah ditembak kumpulan pengganas terbabit.
Beberapa jam selepas insiden itu, Zakia dilapor menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, 22, mendakwa dia selamat dan kini dikawal dan dijadikan tawanan kumpulan terbabit.
Menurut sumber, kumpulan terbabit melakukan rundingan untuk mendapatkan tebusan dan nilai wang diminta bagi pertukaran nyawa Zakia dilapor melebihi RM10 juta.
Nilai tebusan diminta mesti atau tidak kurang daripada RM10 juta. Selepas itu, mungkin akan ada rundingan daripada pihak kita (kerajaan atau pasukan keselamatan) untuk kurangkan nilai tebusan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Sumber itu berkata, nilai nyawa untuk seorang anggota pasukan keselamatan sememangnya tinggi berbanding mangsa lain.
Sumber : myMetro
0 Response to "Penculik Minta Tebusan RM10 Juta Untuk Bebaskan Zakia Aliep"
Post a Comment