Kisah kehidupan peribadi dan penampilan Rozita Che Wan sememangnya tidak dapat lari daripada menjadi perhatian para peminatnya di serata Malaysia. Ada sahaja gosip pasti disebarkan di laman sosial, media dan blog hiburan sehingga popularnya memuncak.
Baru semalam, nama Rozita kembali menjadi sebutan kerana hasratnya mahu memperlahakan penglibatan dalam dunia lakonan bagi menumpu perhatian kepada syarikat produksi yang baru ditubuhkan dan perniagaan tudung Padusi.
Pastinya, berita terbaru ini satu perkembangan positif buat hater dan peminat Che Ta yang tidak henti-henti memberi kritikan dan teguran kepadanya.
Lebih menarik, isteri kepada aktor Zain Saidin itu sudah mula mengenakan tudung dan jarang berpakaian seksi. Perkara ini turut dibuktikan dengan perkongsian beberapa keping gambar bertudung di laman Instagram peribadinya.
Pada hemat penulis, perubahan sikap dan pembawaan Rozita Che Wan sejak akhir-akhir ini adalah sesuatu yang cukup mengejutkan kerana memberi khabar gembira buat peminat setia.
Sumber : gosipterus.blogspot.com


0 Response to "Perubahan sikap Rozita Che Wan yang amat mengejutkan"
Post a Comment