Rusia Kantoi Ubah Info MH17 Dalam Wikipedia

Kantoi. Itulah istilah yang digunakan dalam satu laporan akhbar mengenai dakwaan percubaan kerajaan Russia untuk ubah fakta dan maklumat yang terkandung di Wikipedia mengenai MH17. Maklumat yang diubah ialah berkaitan mengenai siapa yang membuatkan kapal terbang MAS MH17 terhempas.



Rusia Kantoi Ubah Info MH17 Dalam Wikipedia, info terkini MH17, berita, isu pesawat MAS MH17,




Menurut laporan Sinar Harian, twitter bot yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.


 







Rusia Kantoi Ubah Info MH17 Dalam Wikipedia


Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".



Rusia Kantoi Ubah Info MH17 Dalam Wikipedia, info terkini MH17, berita, isu pesawat MAS MH17,


Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits


Laporan asal kepada sumber berita Sinar Harian itu adalah dari TheTelegraph:


Russian government edits Wikipedia on flight MH17
A political battle has broken out on Wikipedia over an entry relating to the crash of Malaysian Airlines flight MH17, with the Russian government reportedly removing sections which accuse it of providing "terrorists" with missiles that were used to down the civilian airliner



Hmm .. nampak seperti ada udang di sebalik batu akan tindakan yang dibuat oleh pihak Kerajaan Russia ini. Adakah pihak kerajaan Russia yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan kapal terbang MAS MH17 terhempas di timur Ukraine? Semua laporan akhbar baik tempatan mahupun antarabangsa melaporkan bahawa kapal terbang MAS MH17 telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu darat ke udara.

Dalam tragedi yang berlaku pada 17 Julai itu, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas dan mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.






Ia merupakan satu tragedi dan berita sedih buat seluruh rakyat Malaysia. Dan kerajaan telah umumkan bendera separuh tiang dikibarkan bagi mengingati tragedi ini.



Sumber : hasrulhassan.com

0 Response to "Rusia Kantoi Ubah Info MH17 Dalam Wikipedia"

Post a Comment