Saman TV & Pengulas Sukan, Rakam Gambar Tidur


Bronx – Seorang peminat baseball mengemukakan tuntutan saman ke atas dua penyampai sukan ESPN kerana didakwa memberikan ulasan memalukan ketika televisyen menyiarkan gambar dia tertidur pada perlawanan antara Yankees dan Red Sox pada April lalu.
Andrew Robert Rector mendakwa penyampai sukan terbabit, Dan Shulman dan John Kruk telah menggelarnya sebagai gemuk dan tidak cerdik ketika kamera dihalakan ke arahnya yang sedang tidur.
Dia menuntut $10 juta dolar atas alasan seluruh dunia menyaksikan Shulman dan Kruk memalukannya.
Rector mendakwa Shulman dan Kruk turut menggelarnya `lembu gemuk’ dan `tidak berbaloi’sebagai peminat.
Namun klip youtube tidak pula memperlihatkan Shulman dan Kruk menyebut perkataan berkenaan.
Selain Shulman dan Kruk, Rector turut menyaman Major Leaque Baseball dan ESPN.

0 Response to "Saman TV & Pengulas Sukan, Rakam Gambar Tidur"

Post a Comment