GEORGETOWN – Walaupun dilanggar sebuah treler, namun mayat seorang warga emas masih dalam keadaan sempurna kerana ditemui antara dua tayar dalam keadaan terbaring.
Warga
emas, Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, dari Sungai Nibong Kecil, Bayan
Lepas dikatakan sedang melintas jalan namun tiba-tiba terjatuh di Jalan Tun Dr
Awang di sini pagi semalam.
Mangsa
dikatakan berjalan kaki ke Kampung Setinggan, terletak berhadapan dengan
kediamannya kira-kira jam 9 pagi.
Seorang
ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa terjatuh terdapat
sebuah treler dengan muatan bahan binaan sedang menghala ke arahnya dari bulatan
Bayan Baru ke Relau.
Beliau
berkata, pemandu treler tidak dapat memberhentikan kenderaannya kerana kejadian
berlaku secara mengejut.
“Mayat
dia ditemui antara dua tayar treler itu dalam keadaan terbaring dan tidak
berdarah. Ini merupakan takdir ALLAH, dia pergi dalam keadaan sebegini,”
katanya.
Menurutnya,
Syed Mohamed kerap pergi ke kampung berkenaan untuk berjumpa rakan-rakannya dan
ia menjadi sebahagian rutin hidupnya selepas bergelar pesara kerajaan.
Sementara
itu, pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Deputi
Superintendan Abdul Rahim Md Din berkata, polis sudah mengambil keterangan dari
pemandu treler bagi membantu siasatan.
0 Response to "Subhanallah! Mayat Syed Mohamed masih sempurna walaupun di celah tayar treler"
Post a Comment