UPDATE: MESEJ TERAKHIR KOPERAL AB RAJAH



Dua mesej terakhir dihantar suami Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, sejam sebelum ditembak mati menjadi tanda kenangan sedih seumur hidup buat Salamah Amad, 26.

Mesej itu bertanyakan mengenai anak lelaki tunggal mereka, Khairine Zafran yang berusia setahun pada 26 Julai ini dan satu mesej lagi bertanya mengenai Salamah.

‘Tidur sudah Khairine’ dan ‘sayang buat apa’ itu diterima Salamah jam 10 malam dan lebih dua jam selepas itu dia menerima khabar suami dikahwini pada 2008 itu terbunuh dalam serangan hendap di Water Bungalow Resort, Pulau Mabul.

Kata Salamah, perkhabaran itu umpama mimpi kerana tidak langsung menyangka suaminya itu akan meninggalkan mereka dua beranak terlalu cepat.

AL FATIHAH PEJUANG NEGARA

0 Response to "UPDATE: MESEJ TERAKHIR KOPERAL AB RAJAH"

Post a Comment