LONDON: Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani mengesahkan dia sudah memulakan rundingan dengan Chelsea untuk mendapatkan Fernando Torres dan Marco van Ginkel.
Kelab gergasi Itali itu sanggup membayar harga diminta Chelsea untuk Torres tetapi tiada perjanjian dengan pemain yang menerima gaji mingguan STG150,000 (RM750,000) di Stamford Bridge.
Chelsea difahamkan berminat melepaskan pemain tengah dari Belanda, Van Ginkel atas pinjaman kerana dia memerlukan banyak perlawanan selepas kecederaan ligamen, tahun lalu.
Milan mahu seorang penyerang selepas ketiadaan Mario Balotelli tapi andai Torres enggan, mereka akan membuka tawaran kepada penyerang Liverpool, Fabio Borini serta Roberto Soldado dari Tottenham dan pemain Fulham, Konstantinos Mitroglou. – Mail Online
0 Response to "AC Milan mahu Torres ganti Balotelli"
Post a Comment