Ally Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas




PETALING JAYA – Tumpuan pengacara dan personaliti TV3, Ally Iskandar terganggu kerana terpaksa meninggalkan isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah Lee yang dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bila-bila masa demi tuntutan tugas.

Ally, 38, berkata, isterinya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dekat sini pada awal pagi Khamis dan dia terpaksa bergegas ke acara pengumuman pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai duta produk Super ‘The Secret To A Smile’ di Cathay Cineplex E@curve di sini yang mana dia bertindak sebagai pengacara majlis.

“Sebelum datang ke sini saya menghantar isteri ke hospital terlebih dahulu kerana dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa kerana dia sepatutnya melahirkan anak pertama kami pada 30 Julai lalu.
“Tumpuan saya untuk mengacarakan majlis ini terganggu kerana memikirkan keadaan isteri di hospital dan akan bergegas ke sana selepas selesai acara ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia teruja bakal bergelar bapa selepas tiga tahun berkahwin dengan Farah dan berharap kehadiran cahaya mata itu nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.
Malah kata Ally, kehadiran anak itu nanti akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan ekoran isterinya itu melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan.

0 Response to "Ally Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas"

Post a Comment