Golongan Berkasta India Rendah Tukang Cuci Najis

Mumbai: Golongan berkasta rendah masih terpaksa membersihkan najis dari jamban secara manual walaupun undang-undang diluluskan tahun lalu melarang amalan itu.


Kasta-Rendah-India

Kela, 60, mengutip najis ketika mencuci jamban di Nekpur, Uttar Pradesh.

Pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) melaporkan, ‘pencuci manual’ terdiri daripada kasta paling rendah di India masih terpaksa melakukan kerja seperti itu.

Pengarah Asia Selatan HRW Meenakshi Ganguly berkata, ini berikutan golongan kasta rendah sukar mendapat kerja lain malah ada antara mereka berdepan pelbagai ugutan daripada penduduk tempatan dan pihak berkuasa jika cuba berhenti kerja.

Menurutnya, golongan wanita terpaksa mencuci jamban tanpa pam menggunakan serta peralatan asas dengan mengorek keluar najis dari dalam baldi sebelum dibuang di tempat lain.

Malah, di kawasan pedalaman mereka tidak menerima bayaran tunai, sebaliknya hanya mendapat lebihan makanan, pakaian lama dan kebenaran mendirikan setinggan, namun semuanya bergantung kepada budi bicara pemilik tandas yang dibersihkan.

“Usaha beberapa kerajaan pemerintah sebelum ini menamatkan amalan berkenaan gagal akibat diskriminasi selain penduduk tempatan enggan bekerjasama.

“Kerajaan perlu lebih serius meluluskan undang-undang mengharamkan amalan mencuci najis secara manual, seterusnya membantu masyarakat terbabit,” katanya.

Pekerja wanita dan lelaki sering diarah mencuci tandas terbuka, longkang dan parit namun golongan lelaki lebih lazim diarahkan mencuci tangki najis dan pembetung.

Seorang remaja dari kasta itu dikenali sebagai Bablu mengakui kehidupannya sukar.

“Jika saya mencari kerja di hotel, perkara pertama disoal adalah kasta saya. Sebaik mengakui saya Vamliki (kasta terendah) pasti saya hanya dibenarkan mencuci tandas,” katanya.-AFP

0 Response to "Golongan Berkasta India Rendah Tukang Cuci Najis"

Post a Comment