COPENHAGEN: Walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi kelas tersendiri pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di sini.
Dalam aksi pembukaan di Ballerup Super Arena, di sini pada Isnin, perseorangan lelaki nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 45 minit untuk mengalahkan pemain muda Korea Selatan, Lee Dong Keun dengan kemenangan 21-11 dan 21-12.
Menyentuh aksi pusingan kedua Rabu ini, Chong Wei berkata beliau menghormati lawannya, Dieter Domke walaupun pemain tinggi lampai dari Jerman itu pernah kalah dua kali kepadanya sebelum ini.
Domke terpaksa berhempas pulas sebelum mencatatkan kemenangan 26-24, 13-21, dan 21-18 ke atas pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Kashyap Parupalli dari India dalam satu lagi perlawanan pusingan awal.
Seorang lagi wakil negara, Chong Wei Feng yang diletakkan selaku pilihan ke-16 akan bertemu semifinalis Sukan Komanwel 2014, Rajiv Ouseph dari England pada pusingan awal pada Selasa.
Beregu wanita utama negara itu tidak menghadapi masalah mengetepikan pasangan Republik Czech, Sarka Krizkova-Katerina Tomalova 21-11, 21-12. Begitupun ujian sebenar Vivian-Khe Wei hanya hadir esok apabila berdepan pasangan tuan rumah yang juga pilihan ke-15, Line Damkjaer Kruse-Marie Roepke.
Turut mengikut jejak mereka, beregu campuran, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing yang menyingkirkan Chan Yun Lung-Tse Ying Suet dari Hong Kong 21-14, 21-17. Laluan berliku menanti beregu neagra itu di pusingan kedua kerana bakal menentang pilihan keempat dari England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock.
0 Response to "Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014"
Post a Comment