Xianyang: Sepasang suami isteri mendakwa anak perempuan mereka yang berusia lima tahun mati ketakutan selepas terserempak dengan seekor anjing kacukan serigala yang besar.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital Xianyang Xixiang baru-baru ini.
Setakat ini pihak hospital masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.
Doktor tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuhnya.
Menurut bapa mangsa yang dikenali sebagai Zhao, keluarganya makan malam di sebuah restoran terbuka apabila kanak-kanak itu dan ibu saudaranya ke tandas.
Apabila pulang, mereka terserempak dengan seekor anjing yang besar.
“Tiba-tiba anjing itu menerkam ke arah mangsa, menyebabkan dia terkejut.
“Saya segera mendapatkannya dan mendapati mulutnya berbuih dan dia terkencing di dalam seluar kerana ketakutan,” kata Zhao.
Tambah Zhao, laluan ke tandas itu amat gelap, dan membuatkan mangsa terperanjat apabila melihat anjing itu. -Agensi
Gambar hiasan.

0 Response to "Mati Terkejut Lihat Anjing Besar"
Post a Comment