Noryn Aziz selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Penyanyi soul, Noryn Aziz, 38, selamat melahirkan bayi sulungnya di Hospital Prince Court, Jalan Kia Peng, jam 4.25 petang semalam.


Bayi lelaki seberat 3.13 kilogram itu, dilahirkan secara normal dan dalam keadaan kesihatan yang baik.


Noryn atau nama Norazmahwati Abdul Aziz dan suaminya yang juga arkitek terkenal, Dato Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad, 59, bagaimanapun belum menamakan bayi mereka buat masa ini, malah pasangan yang berkahwin sejak empat tahun lalu itu juga belum sedia mendedahkan wajah bayi mereka.



“Perasaan saya Alhamdulillah, sangat-sangat gembira. Cuma buat masa ini, atas nasihat suami kami tidak dapat mendedahkan wajah bayi kami kerana tak sampai satu hari usianya.”


Noryn Aziz


Selain hasil perkongsian hidup dengan Noryn, Raja Bahrin mempunyai enam cahaya mata, dua daripadanya hasil perkahwinan singkat lima tahun dengan Jacqueline Pascarl seorang penulis buku rakyat warga Australia yang suatu ketika dulu hak perebutan anak mereka pernah mencetuskan kontroversi.


Dua anak beliau yang mencuri perhatian dunia itu adalah Raja Mohamad Baharuddin (Iddin), 31 dan Raja Shahirah Aishah (Shah), 29.


Manakala hasil perkongsian hidup dengan Seniwati kelahiran Singapura, Toh Puan Norilah Salleh yang dulunya dikenali sebagai Elmi Salleh dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Raja Badruddin Hakim Shah, 27, Raja Bahiuddin Ansari Shah, 25, Raja Nur Aryani Munirah, 23 dan Raja Nur Saliha Nazirah, 21.


Sumber

0 Response to "Noryn Aziz selamat Lahirkan Bayi Lelaki"

Post a Comment