Punca Sebenar Kes Pelajar Didakwa Ditampar Oleh Guru Bahasa Inggeris Sehingga Tinggal Kesan Di Pipi Sebaba Gagal Siap Kerja Sekolah

type='html'>

Semalam Harian Metro melaporkan bapa kepada seorang pelajar mendakwa anaknya ditampar oleh guru bahasa inggeris sehingga meninggalkan kesan di pipi kanan anaknya hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Bagaimanapun, guru terbabit menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan punca sebenar yang berlaku pada pelajar tersebut.


Hasil siasatan mendapat, pelajar berkenaan mengalami alergik setelah dibawa berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.



Menurut sumber, guru terbabit telah memfailkan saman malu terhadap ibu bapa pelajar berkenaan kerana memfitnahnya tanpa sebarang bukti kukuh.

Sumber turut mendedahkan pelajar tersebut sememangnya terkenal dengan sikapnya yang nakal. Pada hari kejadian, pelajar berkenaan menumbuk papan putih serta berlari dalam kelas. Gurunya marah kerana dia berlari tetapi tidak pula menampar pelajar itu seperti yang didakwa.

Menurut seorang ustaz yang bertugas di sekolah itu, kesan lebam di pipi pelajar itu sememangnya telah ada semenjak hari isnin. Namun kesan lebam itu hilang semasa ibu bapanya membuat laporan polis.

Sumber  : mymediahubonline.blogspot.com

0 Response to "Punca Sebenar Kes Pelajar Didakwa Ditampar Oleh Guru Bahasa Inggeris Sehingga Tinggal Kesan Di Pipi Sebaba Gagal Siap Kerja Sekolah"

Post a Comment