Kami yakin gambar yang dipaparkan ini kebanyakannya adalah anak-anak Melayu kita yang di kad pengenalan masing-masing dicatatkan dengan agama Islam.
Sebenarnya parti-part liar sebegini memang telah banyak dan bebas diadakan di seluruh negara terutama pada malam hari-hari cuti atau hari perayaan di ibu kota dan bandaraya besar.
Cuma kami agak kurang pasti sama ada pemimpin kerajaan, pihak berkuasa, jabatan agama, mufti, masyarakat dan ibu bapa tahu atau tidak akan kewujudan parti-parti liar dan bebas ini.
Mungkin ramai yang hanya akan ambil tahu bila ada pengunjung mati kerana ‘overdose’ dadah seperti kes yang berlaku beberapa bulan lepas.
Tapi seperti biasa, golongan anak muda ini bila ditegur dikatanya kubur masing-masing, jangan jaga tepi kain orang, jaga hal sendiri, macam kita baik sangat. Lebih menyedihkan lagi orang-orang agama juga selalu dicemuh dan dipandang rendah.
Namun tahukah anda, orang-orang agama ini jugalah yang akan menguruskan jenazah-jenazah anda bila sudah tiba ajalnya nanti!
Tiada apa yang kami mampu lakukan untuk membaiki masalah moral peringkat kebangsaan ini kecuali menjaga diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Harapan kami agar perkara ini mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin kita supaya mereka lebih peka dan mengambil tindakan terhadap isu-isu gejala sosial dan masalah keruntuhan akhlak yang semakin membarah di kalangan para belia dan generasi muda.
Takkan nak tunggu kawan kita yang sama-sama terhangguk kepala mati baru kita nak sedar dan menyesal?
Berubahlah selagi masih diberi kesempatan…
0 Response to "Anak Muda Melayu Berperangai Tak Senonoh Di Parti Liar"
Post a Comment