Apple iOS 8 Download Sekarang Atau Tunggu?

Apple iOS 8

Sistem operasi terkini Apple iOS 8 untuk iPhone dan iPad memang berbaloi untuk dimuat turun untuk kemudahan pengguna, tetapi tidak semestinya ia perlu terus dibuat sekarang.

Bagi pengguna peranti lama seperti iPohone 4S atau iPad 2, mungkin wajar tunggu untuk melihat sama ada iOS 8 ada masalah beroperasi dengan pemproses lebih perlahan.

Selain itu, beberapa ciri terkini pada sistem operasi itu tidak akan tersedia pada peranti berusia lebih tiga tahun, justeru mungkin masanya pengguna perlu mempertimbangkan membeli iPhone atau iPad baharu.

Malah, bagi peranti baharu juga, beberapa aplikasi mungkin tidak berfungsi sepenuhnya pada peringkat awal. Dropbox sebagai contoh menyatakan ada masalah dengan sistem sokongan kamera. Beberapa aplikasi khusus untuk kegunaan sendiri juga mungkin terjejas.

Ciri baharu untuk menjejak aspek kesihatan dan kecergasan pula belum boleh digunakan kerana ada pepijat perisian, jadi Apple mengeluarkannya daripada App Store. Apple menyasarkan masalah pepijat dalam aplikasi HealthKit akan dapat diatasi menjelang hujung bulan ini.

Beberapa ciri penyepaduan dengan Mac juga mungkin tidak dapat beroperasi hingga Yosemite dikeluarkan. Keadaan itu terjadi jika pengguna mengaktifkan perkhidmatan penstoran baharu Apple, iCloud Drive.

Malah, walaupun mengaktifkan iOS 8, pengguna mungkin memilih untuk menunggu sebelum mengaktifkan iCloud Drive pada peranti mereka. Peranti telefon pintar atau tablet akan mengingatkan pengguna sebelum mereka mengaktifkannya.

Sebaik saja dinaik taraf, memang sukar untuk berpatah balik kepada sistem operasi lama. Dan jika pengguna memutuskan untuk naik taraf, pastikan data dan foto sudah disimpan di peranti lain terlebih dahulu.

Dalam pada itu, peminat Apple agak kecewa kerana terpaksa membuang banyak gambar dan data digital lain daripada iPhone untuk menyediakan ruang sangat besar untuk peranti mereka memuat turun sistem operasi baharu iOS 8.

Forum dalam kalangan pengguna produk Apple pula penuh dengan rungutan bahawa selepas menyimpan pelbagai data dan foto di peranti lain, memuat turun perisian itu juga mengambil masa terlalu lama.

Malah, topik berhubung iOS 8 menjadi trending dan isu hangat di Twitter. Antara yang paling banyak diungkapkan ialah, "iOS 9 akan dilancarkan bila selesai muat turun iOS 8," kata seorang pengguna Twitter, @TrentOwens.

Akaun Twitter @SeattleLucy pula menulis "Kenapa saya perlu tunggu 17 jam untuk iOS 8," yang mungkin bermaksud 'tidak berbaloi tunggu 17 jam untuk iOS 8'. Pengguna yang dikenali @ChelseaStreeet pula menulis pos "iOS 8 musnahkan telefon saya, saya mahu menangis.'

Begitupun, ada juga komen yang positif dan menyatakan keterujaan dengan papan kekunci maya yang kini boleh diakses menerusi sistem operasi baharu iOS 8. - Agensi


sumber

0 Response to "Apple iOS 8 Download Sekarang Atau Tunggu?"

Post a Comment