Berita Terkini Soalan Bahasa Inggeris (BI) UPSR 2014 Bocor




Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh menerusi akaun Twitternya pada Khamis memaklumkan bahawa calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 perlu menduduki semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

Berita Terkini Soalan Bahasa Inggeris (BI) UPSR 2014 Bocor Dan Calon Perlu Menduduki Semula.

Ini berikutan soalan bagi subjek itu didapati telah bocor dan seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 itu.

Sebelum ini kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis, ditangguhkan berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan.

Berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan Sains itu didapati mula tersebar di media sosial.


Sehubungan dengan itu, tarikh baharu bagi peperiksaan subjek Science dan Bahasa Inggeris 1 dan 2 ditetapkan pada 30 September ini.


0 Response to "Berita Terkini Soalan Bahasa Inggeris (BI) UPSR 2014 Bocor"

Post a Comment