Wang bukan segala-galanya, tetapi orang kata kini segala-galanya memerlukan wang.
Semakin hari, semakin tinggi kos sara hidup. Dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun lalu, pendapatan RM1,000 atau RM2,000 sudah memadai. Kini jumlah itu belum tentu cukup.
Bagaimana pula dengan 10 atau 20 tahun akan datang? Pastinya kos sara hidup kian meningkat. Sebagai ibu bapa, inilah waktunya untuk mendidik anak anda supaya lebih menghargai wang. Mung–kin kini mereka sukar faham sebabnya, tetapi, 10 atau 20 tahun akan datang mereka akan berterima kasih kepada anda!
Berikut lima cara anda boleh mengajar anak anda menghargai wang:
1. Jangan memberi wang belanja terlalu tinggi
Sudah pasti kita mahu yang terbaik untuk anak kita. Ada kalanya kita memberi wang saku berlebihan kepada anak supaya mereka dapat berbelanja dengan selesa. Sememangnya tanggungjawab ibu bapa memberi yang terbaik, namun mengajar anak menghargai wang juga satu tanggungjawab.
Sekiranya kerap memberi wang berlebihan, tindakan ini mungkin akan memberi impak negatif terutama kepada anak apabila mereka tidak menghargai wang kerana berasa wang sentiasa ada.
Kurangkan pemberian sejumlah wang yang besar. Kurangkan juga kekerapan memberi wang. Jangan berikan wang setiap masa apabila diminta untuk mengelakkan mereka berfikir bahawa wang sentiasa ada. Mungkin anda boleh berikan wang pada waktu tertentu saja apabila anak-anak berhak menerimanya.
2. Beri barangan permainan sendiri
Ketika kecil dan remaja, pasti pelbagai permainan diingini si kecil kita. Mungkin mereka teringin memiliki permainan yang dilihat di iklan televisyen atau daripada rakan sebaya. Seperti wang, kurangkan pemberian barangan kemahuan anak anda.
Perkenalkan konsep menyimpan kepada anak dan membeli barangan kemahuan mereka melalui wang simpanan sendiri.
Tentu anda perlu memperkenalkan satu sistem yang mana bukan semua wang simpanan boleh digunakan untuk membeli barang permainan.
Mungkin juga anda boleh menggalakkan anak anda menyimpan sebahagian daripada harga barang yang ingin dibeli dan anda menambah bakinya sekadar memberi penghargaan bahawa anak berjaya menyimpan.
Pada masa sama, anda boleh mengajar anak anda untuk melakukan kerja kecil untuk mendapat upah. Ini juga dapat mengajar anak anda konsep bekerja dan berusaha untuk menjana pendapatan. Wang yang diterima boleh dikumpul untuk membeli barangan permainan yang diinginkan.
3. Galakkan anak menderma
Tanamkan sifat membantu mereka yang memerlukan kepada anak-anak. Langkah pertama dengan menunjukkan contoh yang baik kepada anak. Sering mencari peluang untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan bersama anak. Kemudian, jelaskan kepada mereka mengenai konsep bersedekah.
Mereka perlu memahami bahawa wang bukan hanya untuk memuaskan kemahuan sendiri tetapi juga untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik. Semaikan tabiat memberi dan menderma supaya mereka rasa seronok apabila membantu dan bukan kerugian apabila memberi wang.
Bukan saja anda akan berjaya mengajar anak menghargai wang, malah anda akan menjadikan anak anda insan yang prihatin dan berhati mulia.
4. Buka akaun bank
Apabila tiba masanya, bantu anak anda membuka akaun bank dengan namanya sendiri. Apabila anak semakin bijak dalam perihal kewangan, ajar mereka konsep menyimpan dan melabur. Fahamkan mereka mengenai keuntungan daripada simpanan yang boleh diterima apabila wang disimpan untuk satu jangka masa tertentu.
Dari semasa ke semasa, bincang mengenai simpanan yang dilakukan dan sentiasa menjejak simpanan mereka. Beri dorongan supaya fikiran anak anda lebih terbuka apabila bercakap mengenai wang. Tidak seperti dulu, berbincang dan bercakap mengenai wang sering dikaitkan sebagai sesuatu yang dilarang dalam keluarga.
Dengan membuka minda anak kita terhadap wang, mereka akan lebih berbincang, bertanya dan memahami perihal kewangan.
5. Menyimpan untuk pendidikan
Apabila usia anak semakin meningkat, perbincangan bersama mereka boleh menjadi lebih mendalam. Perkenalkan mereka dengan kepentingan kewangan seperti pelaburan, insurans, simpanan kecemasan, simpanan persaraan dan simpanan pendidikan.
Mungkin anda boleh bermula dengan simpanan pendidikan dan jelaskan kepada anak kepentingan ilmu pengetahuan sekali gus keperluan wang untuk ke kolej dan universiti. Sering berbincang mengenai kedudukan kewangan dan pentingnya berjimat cermat untuk masa hadapan.
Hakikatnya, pendidikan kewangan perlu diterapkan sejak kecil. Dengan memperkenalkan anak kepada perihal kewangan sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian umur, semakin anak membesar, dia akan lebih menghargai wang. Apabila mereka menghargai wang, mereka akan lebih memahami cara berbelanja dan menyimpan wang untuk masa depan - myMetro

0 Response to "Cara Terbaik Didik Anak Hargai Wang"
Post a Comment