Gambar Buaian Kanak-Kanak GUNGGUNG Yang Ditarik Balik IKEA Hari Ini

IKEA menggesa pelanggannya yang mempunyai buaian kanak-kanak GUNGGUNG agar segera membuka buaian itu dan mengembalikan peralatan itu ke kedai IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya.

IKEA menerima laporan mengenai insiden membabitkan buaian itu yang menunjukkan alat untuk menggantung GUNGGUNG tidak memenuhi kriteria kualiti IKEA dan boleh membawa risiko kecederaan.

IKEA GUNGGUNG

"Di IKEA, kami hanya menjual produk yang kami akan beri kepada anak-anak kami sendiri, akan tetapi walaupun kami telah menjalankan ujian mengikut standard dan peraturan yang ditetapkan, kami juga melakukan kesilapan.


"Sehubungan itu, kami menarik balik buaian GUNGGUNG bagi mengelakkan lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku," kata Pengurus Sektor Perniagaan untuk Produk Kanak-kanak IKEA, Cindy Andersen, dalam satu kenyataan hari ini.

IKEA turut memohon maaf atas sebarang kesulitan berhubung isu itu.

IKEA GUNGGUNG

Buaian itu yang dijual di IKEA Malaysia sejak 1 Apil 2014, boleh dikembalikan ke kedai IKEA dan bukti pembelian atau resit tidak diperlukan untuk bayaran balik sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Pelanggan IKEA menerusi talian 03-7726 7777.

- BERNAMA


sumber

0 Response to "Gambar Buaian Kanak-Kanak GUNGGUNG Yang Ditarik Balik IKEA Hari Ini"

Post a Comment