JPJ Kadar Baru Peratus Cermin Gelap Tinted 1 November 2014

operasi cermin gelap jpj terkini november 2014


Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dilaporkan akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap peraturan baharu yang memfokuskan penggunaan cermin gelap (tinted film) bagi peratusan kadar telus cahaya bermula 1 November 2014
JPJ Kadar Baru Peratus Cermin Gelap Tinted 1 November 2014 Pada Kereta

Menurut laporan media pada Isnin, 29 September 2014, pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang adalah 30 peratus (%)

Untuk kadar VLT bagi cermin hadapan 70% dan cermin sisi pemandu 50%

  Bahagian Cermin  Kadar Ketelusan Cahaya Nampak (VLT)
Depan70%
Sisi pemandu50%
Sisi penumpang belakang30%
Belakang30%


Menjelaskan tentang peraturan baru ini, mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang berkuatkuasa mulai 1 November 2014 boleh dikompaun sebanyak RM300

Selain itu, sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991


sumber : mysumber.com

0 Response to "JPJ Kadar Baru Peratus Cermin Gelap Tinted 1 November 2014"

Post a Comment