Lin Dan Menang Emas Perseorangan Badminton Sukan Asia 2014

Lin Dan melakar lagi nama selaku pemain badminton tersohor dalam pentas Sukan Asia apabila memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki selepas menewaskan Chen Long dalam final di sini, hari ini.

Perseorangan Badminton Sukan Asia 2014

Juara Olimpik dan dunia itu mengambil masa 82 minit untuk menewaskan rakan senegaranya dari China dan pilihan kedua itu dengan kemenangan 12-21, 21-16,21-16 di Gimnasium Gyeyang.

Pemain berusia 30 tahun dari Longyan, Fujian itu tetap gah dan tidak menunjukkan sebarang gambaran bahawa era dia sudah mahu berakhir.

Apabila ditanya apakah sasaran berikut dia berkata dia mampu bertahan sehingga Sukan Olimpik 2020.

"Saya sudah bersedia mahu beraksi di Tokyo nanti," katanya yang menewaskan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dalam separuh akhir.

Kejayaan itu sekali gus membantunya mempertahankan gelaran yang dimenangi di Sukan Asia 2010 di Guangzhou dan ia juga emas keempat sepanjang penyertaan dalam temasya sukan terbesar benua ini.

Dua lagi emas menyusul dari acara berpasukan pada 2010 (Guangzou) dan 2006 (Doha).

Sementara itu, pingat gangsa dimenangi Chong Wei dan Wei Nan dari Hong Kong. - Agensi & BH online

0 Response to "Lin Dan Menang Emas Perseorangan Badminton Sukan Asia 2014"

Post a Comment