Luna Maya Temui Pengganti Ariel Noah, Mahu Cepat Nikah


MUNGKIN ramai yang belum tahu pengacara dan pelakon popular negara seberang, Luna Maya sudah punya pengganti Ariel.

Memetik laporan Tribunnews.com, kekasihnya merupakan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Reino Barack.

Bagaimanapun, Luna kali ini dilihat tidak mahu terlalu berterus-terang mengenai kekasih barunya itu biarpun sudah membawanya ke majlis tertentu.

Setiap kali ditebak dengan persoalan itu, jawapannya mudah iaitu ‘doakan yang baik-baik saja’.

Dalam satu acara, dia juga mengakui yang dirinya sudah tidak sabar untuk berkahwin di saat usianya sudah menjengah 31 tahun.

Kami yakin ia satu perkembangan yang baik buat Luna yang sebelum ini masih digosipkan dengan Ariel Noah biarpun kedua-duanya sudah lama berpisah.

Lagipun, Ariel pun sudah menemui pengganti Luna iaitu Sophia Mueller.

Apapun, kita tunggu siapa yang bakal bernikah terlebih dahulu ya…



Sumber: MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Luna Maya Temui Pengganti Ariel Noah, Mahu Cepat Nikah"

Post a Comment