
Ramai kalangan masyarakat Malaysia umumnya mendakwa amalan mandi di waktu malam boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan masalah kesihatan
Adakah benar persepsi tersebut atau mitos semata-mata yang mengatakan tabiat mandi malam akan mendatangkan penyakit kronik kepada diri
Menurut seorang doktor perubatan hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres
Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain
Mandi Malam Tidak Bahaya Pada Kesihatan Sebenarnya Setuju Atau Tidak
Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita
Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini
Secara logik mandi malam ada baiknya dan berikut adalah faktor berkaitan
Dapat Menenangkan Fikiran Dan Menghilangkan Stres
Ketika mandi pada waktu pagi, mungkin kita akan cenderung untuk terkejar-kejar. Percayalah, mandi pagi tidak selalunya lengkap dan teliti
Pada waktu malamlah kita boleh mandi dengan lebih tenang dan dapat memanjakan diri
Selain itu, ia turut membantu menghilangkan emosi atau tenaga negatif dalam diri seseorang. Antaranya adalah seperti perasaan risau, marah, sedih, atau takut
Membantu Meregangkan Dan Melegakan Otot
Bekerja dengan kuat pada waktu siang akan menyebabkan otot menjadi tegang. Mandi malam dapat membantu kita untuk megendurkan otot-otot ini dan membuatkan tubuh menjadi ringan. Mandi dengan air suam boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan baik
Mengatasi Masalah Insomnia
Mandi dengan air sejuk pula dapat memberi ketenangan kepada tubuh. Ia akan membuatkan tubuh menjadi segar dan memudahkan anda untuk tidur. badan yang bersih akan menggalakkan rasa mengantuk
Jadi mandi malam sekali gus dapat mengatasi masalah insomnia
mysumber.com : Mandi Malam Tidak Bahaya Pada Kesihatan Sebenarnya
0 Response to "Mandi Malam Sebenarnya Tidak Membahayakan Kesihatan"
Post a Comment