Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bebas Kaji UPSR 24 Sept 2014


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan yang baru ditubuh akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 24 September ini.

Pengerusinya, Tun Zaki Azmi berkata, mesyuarat jawatankuasa yang dianggotai seramai lapan individu berprofil tinggi itu akan diadakan di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini.

“Jawatankuasa bebas ini perlu difokuskan kepada usaha mengkaji, meneliti dan menilai Proses Kerja dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Peperiksaan Awam, Kementerian Pendidikan termasuk cadangan penambahbaikan terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaki yang juga bekas Ketua Hakim Negara dalam pada itu memberi jaminan akan melaksanakan amanah yang diberikan kepada beliau oleh kerajaan dan rakyat sebaik mungkin untuk memulihkan keyakinan terhadap proses pelaksanaan peperiksaan awam/

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di atas kepercayaan ke atas beliau. 



sumber: mynewshub.cc

0 Response to "Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bebas Kaji UPSR 24 Sept 2014"

Post a Comment