PAS Teruskan Tahaluf Siyasi Dengan PR



BATU PAHAT – Pas akan meneruskan konsep Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat (PR) selagi ia tidak melanggar syarat digariskan Majlis Syura Ulama dan hukum tertinggi parti, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas, berkata sepanjang sejarah perjuangan parti itu, ia tidak pernah khianat terhadap Tahaluf Siyasi yang dijalinnya dan meminta rakan-rakannya tidak berlaku khianat terhadap kerjasama itu.

“Dengan merujuk kepada syarat-syarat Tahaluf yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS serta hukum-hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, demikian dalam ucapan dasarnya pada majlis perasmian Muktamar Pas ke-60 di Parit Raja, di sini hari ini.

Beliau berkata, tahaluf yang dilaksanakan mestilah memperkuatkan parti dan adalah amat malang sekiranya ia menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan parti. 



Sumber: BERNAMA

0 Response to "PAS Teruskan Tahaluf Siyasi Dengan PR"

Post a Comment