Senarai 4 Pemain Yang Digugurkan Untuk Bolasepak Sukan Asia 2014

bolasepak sukan asia 2014



Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mengugurkan Bobby Gonzales, Mohamad Firdaus Muhamad, Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula dan Mohamad Faizat Mohamad Ghazli dalam senarai skuad kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Kim Swee berkata nasib seorang lagi pemain bergantung kepada status  kecederaan bahagian belakang yang dialami oleh A.Thamilarasu pada perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Yemen di Stadium Shah Alam, hari ini.

"Saya sebenarnya terpaksa memilih antara Farhan (Mohd Nor Farhan Mohamad)  dan Bobby...kalau diberi peluang saya mahu memilih kedua-dua sekali namun Farhan boleh beraksi di posisi sebelah kanan dan kiri.

"Pemain akan bertolak ke China esok untuk satu lagi perlawanan persahabatan sebelum ke Korea," katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 1-0 kepada Yemen.

Mengulas kekalahan tersebut, Kim Swee berkata skuad negara masih tumpul di bahagian serangan namun yakin dapat mengatasi kelemahan itu sebelum ke Incheon.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengn persembahan pasukan. Saya  nampak skuad ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya pada  bahagian serangan," katanya.

Selepas ini, skuad negara sekali lagi diuji menerusi perlawanan  persahabatan dengan China pada 10 Sept ini sebelum berlepas ke Incheon.

Pada Sukan Asia, Malaysia berada dalam Kumpulan A dan akan menentang Korea Selatan pada aksi pembuka tirai pada 14 Sept nanti sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan bersama Arab Saudi dan Laos.

Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas daripada setiap lapan kumpulan layak ke pusingan kedua.






sumber

0 Response to "Senarai 4 Pemain Yang Digugurkan Untuk Bolasepak Sukan Asia 2014"

Post a Comment